
Sumber: pmr.penerangan
Advertisement
Tanya lah mana-mana pakar kesihatan atau orang yang dah berjaya turunkan berat badan pasti mereka akan menyarankan agar mengurangkan pengambilan kalori. Kenapa penting sangat kalori ni eh ?
Kalori tu apa ?
Kalori tu adalah unit untuk mengukur tenaga
Kenapa badan perlukan kalori ?
Badan kita perlukan kalori untuk jana tenaga, tapi kalau diambil dengan kuantiti yang terlalu banyak kemudian kalori tu pula tak dibakar (bersenam atau melalui pergerakan) jadi ia akan bertukar menjadi lemak. Bila jadi lemak dan disimpan kat dalam badan sebab tu jadi gemuk dan bahayakan kesihatan.
Jadi sebab tu lah kalau nak diet atau turun berat badan kena kawal pengambilan kalori. Ambil banyak tapi bakar sikit susah juga kan?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
