Skip to main content

Advertisement

Hiburan

1 Bayi Lahir Setiap Minit, Nama Adam Rizqi Paling Trending 2019 – Statistik

Tahukah anda, nama ‘Muhammad Adam Rizqi’ dan ‘Ainul Mardhiah’ merupakan nama bayi lelaki dan perempuan yang paling trending bagi tahun 2019?

1 bayi lahir setiap minit, nama adam rizqi paling trending 2019 – statistik

Advertisement

Menurut Jabatan Perangkaan Negara, kedua-dua nama itu menjadi pilihan ramai ibu dan bapa bagi kaum bumiputera, diikuti nama ‘Yu Zhe’ dan ‘Yu Xuan’ bagi kaum Cina, serta ‘Sharvin’ dan ‘Vaishnavi’ bagi kaum India.

Memetik data yang diterbitkan, daripada 487,957 kelahiran tahun lalu, seorang bayi dilahirkan setiap minit, dengan 56 bayi dilahirkan setiap jam dan 1,337 bayi dilahirkan setiap hari.

1 bayi lahir setiap minit, nama adam rizqi paling trending 2019 – statistik

Daripada jumlah itu, secara nisbahnya 107 bayi lelaki dilahirkan dalam setiap 100 bayi perempuan. Ini menjadikan sebanyak 51.7% adalah bayi lelaki dan selebihnya adalah bayi perempuan bagi tahun lalu.

Dalam data yang sama, kadar kematian kasar lelaki juga adalah lebih tinggi berbanding perempuan, dimana 57.4% kematian adalah melibatkan lelaki, dan 42.6% pula wanita.

Perincian statistik kelahiran dan kematian bagi 2019 adalah seperti berikut:

1 bayi lahir setiap minit, nama adam rizqi paling trending 2019 – statistik

Manakala pecahan bagi setiap daerah dalam setiap negeri di Malaysia adalah seperti tertera:

1 bayi lahir setiap minit, nama adam rizqi paling trending 2019 – statistik

Dalam perkembangan lain, orang ramai digesa untuk melakukan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 melalui laman sesawang https://www.mycensus.gov.my/.

Sumber: Jabatan Perangkaan Negara

ERA Muzik Hit Terkini