Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibubapa Dulu Kenal Secara Online, Nama Semua Beradik Berakhir Dot.com

Sepasang suami dan isteri yang berkenala secara atas talian menerusi laman cari jodoh Alamak.com pada tahun 1999, menamakan kesemua anak mereka dengan akhiran dot.com.

Tiga beradik dari Indonesia ini menjadi tular di media sosial gara-gara memiliki nama unik Dot.com.

Advertisement

ibubapa dulu kenal secara online, nama semua beradik berakhir dot.com

Nama tiga beradik dari Gersik, Jawa Timur  itu dikenali sebagai Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.

Dot.com ini melambangkan kenangan perkenalan ibu dan bapanya, seperti yang diceritakan oleh Ramadhan.

“Ibu bapa saya berkenalan menerusi satu laman cari jodoh Alamak.com pada 1999.

“Maka kami tiga beradik diberikan hujung nama Dot.com sebagai mengenang kisah pertemuan mereka,” katanya sambil mendakwa sering berhadapan dengan ejekan orang gara-gara nama berkenaan.

@wakelotkangcopet88

Balas @karinluluwill masih langka aku kan wek🤣

♬ original sound - kajirama88 - dotcom

Namun setelah menginjak dewasa, mereka tiga beradik merasa bangga kerana memiliki nama unik seperti ini dan ia tiada pada orang lain.

Sumber: Tribunews

ERA Muzik Hit Terkini