Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lahir Kembar Tiga Dalam Kereta Avanza, Semua Di Beri Nama Avanza

Seorang wanita selamat melahirkan anak kembar 3 dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza.

lahir kembar tiga dalam avanza, semua di beri nama avanza

Mumun Muafiyah yang berasal dari Jakarta memberitabu bahawa dia mula merasa sakit sejak pagi 27 Ogos lalu dan saudaranya segera menghantarnya ke hospital RS Cilegon yang terletak 25 kilometer dari rumahnya.

Advertisement

Namun ketika dalam perjalanan, Mumun yang juga ditemani suami mengadu sudah tidak tahan dan ingin singgah dimana-mana klinik berdekatan.

Bermula dengan anak pertama pada pukul 7.35 pagi, selang lima minit, anak kedua dan ketiga pula lahir dan pasangan ini mendapat tiga anak perempuan kembar.

Kerana lahir dalam kereta jenis Avanza, mereka menamakan anak mereka dengan nama Nazrina Khaira Avanza, Nazrina Haura Avanza dan Nazrina Khaula Avanza.

"Saya lihat maksud Avanza bagus juga. Bererti maju, peningkatan. Harap-harap mereka membesar dengan sihat, cerdas dan terus memberi kebaikan kepada semua," katanya pada Kompas.com

Sumber: Kompas

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini