Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Lepas Ini Cuma i-Bunga”, Netizen Terhibur Nama Bunga Citra Lestari Jadi Trending Susulan Pengumuman i-Citra

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri mengenai inisiatif pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra menjadi trending pengguna Twitter apabila nama pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari disebut-sebut warganet.

“lepas ini cuma i-bunga”, netizen terhibur nama bunga citra lestari jadi trending susulan pengumuman i-citra

Advertisement

Menerusi ciapan di laman Twitter, warganet terhibur dan terlalu kreatif apabila membabitkan nama penyanyi itu dengan inisiatif berkenaan.

“i- Bunga sahaja belum lagi. Kalau tak, cukup dah Bunga Citra Lestari,” komen salah seorang warganet.

“Aku rasa kalau ada bantuan untuk next pengumuman, mesti akan jadi nama nya i-Bunga. So lengkaplah, bunga, citra, lestari,” tulis komen pengguna Twitter.

“Mula-mula i-Lestari, now i-Citra Aku syak orang yang come out with this idea peminat tegar Bunga Citra Lestari,” ujar pengguna di laman sosial Twitter.

“lepas ini cuma i-bunga”, netizen terhibur nama bunga citra lestari jadi trending susulan pengumuman i-citra

Inisiatif i-Citra ini merupakan inisiatif terbaharu oleh kerajaan di mana orang ramai boleh mengeluarkan sehingga RM5,000 wang KWSP.

Terdahulu, kerajaan telah memperkenalkan kemudahan bagi inisiatif i-Lestari untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 2 KWSP.

Sumber: Twitter
 

ERA Muzik Hit Terkini