Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ini Sebab Kenapa Nama Pelakon Tak Ikut Urutan Macam Gambar Dalam Poster Filem

Sesebuah filem pasti mempunyai poster dan trailer nya tersendiri. Ia bertujuan sebagai salah satu promosi untuk filem berkenaan. Disitu, kita dapat lihat barisan pelakon, tarikh tayangan serta nama pengedar dan maklumat lain berkenaan sesebuah filem.

Namun, jika anda perasan pada poster sesebuah filem, nama yang ditulis tidak mengikut urutan seperti gambar pelakon dalam poster terbabit. Contohnya seperti berikut:

Advertisement

ini sebab kenapa nama pelakon tak ikut urutan macam gambar dalam poster filem

ini sebab kenapa nama pelakon tak ikut urutan macam gambar dalam poster filem

Kenapa ia terjadi?

Menurut portal Greig, urutan nama ini ditentukan mengikut billing order, jadi ia terikat pada kontrak. Segala unsur-unsur pada sesuatu poster juga ditentukan dengan cara yang sama. Designer dan mereka yang terlibat dalam pemasaran berusaha untuk memberi lebih banyak perhatian kepada pelakon-pelakon yang lebih besar namanya. Bergantung pada poster, nama pelakon yang lebih besar diletakkan pada posisi yang lebih menyerlah, misalnya pada bahagian tengah, atau daripada kiri ke kanan poster. Begitu juga dengan gambar pelakon berkenaan.

ini sebab kenapa nama pelakon tak ikut urutan macam gambar dalam poster filem

Ini adalah sebab kenapa susunan nama pada poster filem adalah tidak sama aturannya dengan gambar pelakon pada poster tersebut.

Sumber: Greig

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini