Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sekali Pandang Nampak Garang! Sayangi ‘Sphynx’, Kucing Tak Berbulu

Kucing baka Sphynx memiliki tubuh tidak berbulu, wajahnya bengis dan telinganya yang besar dan lebar.

sekali pandang nampak garang! sayangi ‘sphynx’, kucing tak berbulu

Advertisement

Pelbagai fakta menarik mengenai Sphynx yang mungkin anda tidak ketahui lagi.

#1 - Berasal dari Kanada

Sepasang anak kucing Sphynx dilahirkan di Toronto dan Minnesota pada tahun 1970 dan akhirnya berlaku pembiakannya sehingga ke hari ini.

sekali pandang nampak garang! sayangi ‘sphynx’, kucing tak berbulu

Baka bagi kucing jenis ini mula berkembang di Amerika Utara sejak itu.

#2 - Mempunyai bulu yang halus

Jika disentuh atau mengusap badannya, kucing baka ini masih mempunyai bulu-bulu halus seperti suede yang menutupi seluruh permukaan kulitnya.

sekali pandang nampak garang! sayangi ‘sphynx’, kucing tak berbulu

#3 - Memiliki pola dan warna berbeza

Meskipun warna kucing Sphynx terlihat seperti warna merah jambu, tetapi pigmen kulit mempunyai pelbagai warna dan pola.

sekali pandang nampak garang! sayangi ‘sphynx’, kucing tak berbulu

#4 - Wajib kerap mandi

Kulitnya yang menghasilkan banyak minyak menyebabkan kucing ini perlu mandi seminggu sekali.

Kucing jenis ini juga lebih sensitif terhadap sinaran matahari dan mudah berasa panas atau sejuk kerana memiliki bulu yang halus.

#5 - Ramah dan penyayang

Sekali pandang nampak garang tetapi kucing Sphynx adalah seekor haiwan yang penyayang, ramah dan suka bermain dengan manusia.

sekali pandang nampak garang! sayangi ‘sphynx’, kucing tak berbulu

Menurut satu kajian dilakukan pada 2012 yang diterbitkan dalam Journal of Veterinary Behavior menjelaskan kucing ini sebagai baka paling penyayang.

Sumber: Iluminasi

ERA Muzik Hit Terkini