
Kapal angkasa milik NASA berjaya menghentam asteroid semalam demi untuk menyelamatkan bumi satu hari nanti. Latihan yang diberi nama Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) ini disiarkan secara langsung oleh NASA.
Advertisement
Latihan atau ujian ini bertujuan sebagai perlindungan kepada planet sekiranya bumi diancam dengan pelanggaran asteroid pada maa hadapan. Misi DART dilancarkan November lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.
Pada malam Isnin, sebuah kapal angkasa dihantar ke angkasa lepas dan mensasarkan asteroid yang dipanggil Dimorphos iaitu 6.5 juta batu (10.5 juta kilometer) dari Bumi.
Kapal angkasa itu berjaya menghentam asteroid pada kelajuan 15,000 batu sejam (24,140 km sejam) dan kesan kosmik itu berjaya dirakam kamera khas dari probe angkasa Itali.
Tujuan utama NASA bukannya untuk memusnahkan asteroid sebaliknya mereka mahu laluan asteroid dipesongkan secara manual agar tidak menghentam bumi.
Sumber: BERNAMA/ Siakap Keli