Skip to main content

Advertisement

Hiburan

NASA Jangka Asteroid Bersaiz Dua Kali Ganda Daripada Menara Big Ben Hampiri Bumi Hujung Minggu Ini

Sebuah asteroid bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada menara jam Big Ben di London dijangka memasuki orbit Bumi pada Ahad ini.

nasa jangka asteroid bersaiz dua kali ganda daripada menara big ben hampiri bumi hujung minggu ini

Advertisement

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), pihaknya sedang menjejaki pergerakan batuan angkasa lepas dikenali sebagai 2021 PT yang diramal melintasi Bumi.

Asteroid yang mempunyai diameter antara 110 meter (m) hingga 240 m itu dilaporkan bergerak pada kelajuan melebihi 25,700 kilometer (km) sejam.

nasa jangka asteroid bersaiz dua kali ganda daripada menara big ben hampiri bumi hujung minggu ini

Namun, pihaknya memaklumkan objek itu akan melintasi Bumi pada jarak selamat, iaitu lebih 4.8 juta km.

Setakat ini, NASA turut menjejaki sebuah lagi asteroid yang digelar 2011 UC292 yang mempunyai diameter lebih kecil, iaitu 73 m hingga 160 m, tetapi bergerak pada kelajuan melebihi 30,743 km sejam.

Sumber: NASA
 

ERA Muzik Hit Terkini