Dua sajian yang sangat menyelerakan dinegara ini iaitu nasi lemak serta nasi kandar telah berjaya memikat hati juri di Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin, Ireland.

Kejayaan itu diraih oleh Siti Safura Mohd Tawil, 28, serta Cef Zainal Abidin Abdullah, menerusi menu sajian mereka masing-masing iaitu Nasi Lemak Bunga Telang dan Nasi Kandar Kari Kambing.
Advertisement
Isteri kepada Cef Zainal iaitu Zafirah Zain juga telah berkongsi kegembiraan ini menerusi status di Facebooknya.
Sebelum ini suaminya itu juga pernah memenangi pingat perak dalam acara sama tahun lalu.
“Alhamdulillah, tahniah sayang. Pingat emas bagi masakan Asia-India tahun ini. Tahun lepas dapat pingat perak. Satu lagi peristiwa penting dicapai. Semua usaha dan kerja keras berbaloi,” tulisnya.
Tahniah Malaysia!
Sumber: Sinar Harian