Skip to main content

Advertisement

Hiburan

KPM Sahkan Gambar Tular Nasi Putih, Kuah Kosong Bukan Bawah Program RMT

Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan hidangan nasi putih dan kuah yang tular sejak semalam bukan di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berkenaan.

Advertisement

kpm sahkan gambar tular nasi putih, kuah kosong bukan bawah program rmt

Malah, siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya.

Tambahnya, KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini.

kpm sahkan gambar tular nasi putih, kuah kosong bukan bawah program rmt

Pihaknya juga sentiasa berusaha menambah baik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

Sumber: Kosmo Online
 

ERA Muzik Hit Terkini