Nasi lemak cukup sinonim dengan masyarakat kita di Malaysia. Jadi tidak hairan lah ada pelancong yang sanggup datang ke Malaysia semata-mata demi mencuba sendiri masakan ini.
Begitu juga terjadi kepada seorang mat saleh yang dikenali sebagai Michael White yang begitu gemarkan nasi lemak, sehingga kini beliau sendiri yang menjual nasi lemak di Taman TTDI.
Advertisement

Nasi lemak Michael White ini menjadi viral di media sosial dan nasi lemaknya berharga RM3 licin dijual dalam masa dua jam sahaja!

Menurut Michael, idea untuk menjual nasi lemak ini timbul selepas kedai makan yang menghidangnya nasi lemak ditutup kerana sedang diubahsuai. Sementara menunggu proses ubahsuai selesai, dia mengambil keputusan untuk menjual sendiri nasi lemak bungkus bagi mengisi masa terluang.

Nasi lemaknya dijual seawal jam 7 pagi sehingga jam 9 pagi. Keunikkan nasi lemak Mat Salleh ini dikatakan terletak pada sambalnya yang begitu sedap.

Ada sesiapa pernah cuba?
Sumber: Amazing Nara