Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Design Helikopter Baru Negara China Nampak Macam Kapal UFO..?

Sebuah kenderaan dipercayai helikopter dari negara China diberi nama ‘Super Great White Shark’ kelihatan bagaikan sebuah kapal makhluk asing (UFO).

design helikopter baru negara china nampak macam kapal ufo..?

Advertisement

Pertama kali ditayangkan ketika pameran Tianjin China Helicopter Exposition, prototaip helikopter berkenaan dikatakan mempunyai rekabentuk yang lebih canggih dan amat sesuai digunakan ketika peperangan.

design helikopter baru negara china nampak macam kapal ufo..?

design helikopter baru negara china nampak macam kapal ufo..?

Ia mempunyai ukuran sepanjang 25 kaki dan 10 kaki tinggi, mampu membawa sehingga dua orang penumpang dalam satu-satu masa. Tambah lagi, Super Great White Shark ini juga amat sukar dikesan oleh pengesan radar dan mampu terbang dengan kelajuan 600 km per jam.

design helikopter baru negara china nampak macam kapal ufo..?

Untuk rekod, Amerika Syarikat pernah menghasilkan rekabentuk kapal yang serupa sekitar tahun 1950an dengan nama VZ-9 Avrocar, namun ia gagal untuk digunakan kerana tidak stabil.

ERA Muzik Hit Terkini