Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Negeri Di Australia Kini Haramkan Alat Muzik Rekoder

Pelajar sekolah di New South Wales kini tidak lagi dibenarkan untuk bermain alat muzik rekoder dan juga menyertai aktiviti koir.

negeri di australia kini haramkan alat muzik rekoder

Ia berikutan usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di beberapa sekolah di Australia.

Advertisement

Menurut pihak berkuasa pendidikan tempatan, semua persembahan nyanyian disamping alat muzik tiupan secara berkumpulan kini tidak lagi dibenarkan.

Ia juga melibatkan semua aktiviti pada program sekolah, majlis graduasi dan juga acara sosial lain.

New South Wales merupakan negeri di Australia yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai, dan kini sedang berdepan dengan penularan wabak COVID-19.

Sumber: Channel News Asia

ERA Muzik Hit Terkini