Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selangor, Kedah Dan Pulau Pinang Negeri Tertinggi Cuba Rentas Negeri

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan tiga negeri yang merekodkan jumlah kes rentas negeri yang tertinggi.

selangor, kedah dan pulau pinang negeri tertinggi cuba rentas negeri

Negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan sebanyak 329, 211 dan 196 kes cubaan merentas negeri, meskipun larangan telah diberi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Advertisement

Selain itu, sejumlah 1,613 kenderaan dikenalpasti cuba merentas negeri dengan alasan mahu pulang ke kampung dan diarahkan berpatah balik.

Daripada jumlah itu, PDRM telah menahan seramai 39 individu dan mereman 18 daripadanya kerana melanggar SOP PKPB manakala 21 dikenakan kompaun.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan penghantaran pulang pelajar-pelajar IPT terkandas di kampus ke Sabah dan Sarawak akan dipercepatkan ke 26 Mei.

Sumber: Astro Radio News

ERA Muzik Hit Terkini