Jika sebelum ini kaedah berbisik merupakan satu cara yang biasa digunakan oleh nelayan dalam menjual hasil tangkapan laut, kini kaedah itu terpaksa dihentikan.

Ia adalah berikutan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 kerana kaedah berbisik tidak menjaga jarak sosial antara nelayan dengan peraih.
Advertisement
Sebelum ini, kaedah berbisik sering digunakan kebanyakkan nelayan seperti di kawasan Kuala Muda, Penaga, dan juga Kepala Batas, bagi menjual hasil tangkapan masing-masing terus kepada peraih.

Walaubagaimana pun, keputusan menghentikan kaedah jualan ikan cara bisik ini adalah untuk kebaikkan bersama hasil daripada perbincangan dengan nelayan, wakil Kementerian Kesihatan dan penguatkuasa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Susulan larangan cara bisik ini juga, jualan ikan secara runcit kepada orang ramai juga tidak dibenarkan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan seperti sebelum ini.


Namun jika Perintah Kawalan Pergerakan ini sudah berakhir, kegiatan jualan ikan cara bisik masih boleh diteruskan seperti biasa.
Sumber: Awani