Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nelayan Kritikal Tercekik Ikan, Doktor Terkejut Ikan Tu Masih Hidup

Seorang nelayan dari Kaherah, Mesir telah dikejarkan ke hospital selepas sesak nafas pada Sabtu lalu.

Lelaki berusia 48 tahun itu dikejarkan ke Hospital Pakar Beni Suef, dan doktor segera melakukan pembedahan.

Advertisement

Prosedur pembedahan itu berjaya mengeluarkan seekor ikan dalam salur pernafasannya, yang disertai oleh Timbalan Pakar Pembedahan Plastik, Dr Michael Ibrahim.

nelayan kritikal tercekik ikan, doktor terkejut ikan tu masih hidup

Menurut Dr Michael, pihaknya terlebih dahulu melakukan prosedur endoskopi sebelum mendapati salur pernafasannya tersekat.

Lebih mengejutkan adalah apabila ikan yang dikeluarkan itu juga masih hidup, meskipun ia berada pada salur pernafasan lelaki itu pada tempoh masa agak lama.

Doktor yang merawat lelaki itu juga melaporkan keadaanya juga semakin pulih, namun kini diletakkan di ICU untuk pemantauan.

Menurut sumber, pesakit memegang ikan hidup itu menggunakan mulut sebelum ia tergelincir masuk ke dalam kerongkong.

Ada juga sumber lain mengatakan nelayan itu cuba mengeluarkan ikan daripada jaring menggunakan mulut, sebelum ikan itu melompat masuk ke dalam kerongkongnya.

Sumber: Gulf Today

ERA Muzik Hit Terkini