
Sumber: Mail Online
Advertisement
Sampainya hati anak-anak lakukan ibu dan ayah mereka seperti pasangan ini. Li Ziai, 69, yang buta dan suaminya yang separuh pekak terpaksa berhempas pulas menjaga 12 orang cucu mereka yang ditinggalkan anak-anak kerana bekerja di bandar.
Li Ziai terpaksa bercucuk tanam, masak, kemas rumah dan basuh baju serta menjaga 12 orang cucunya yang berumur dari bayi baru lahir hinggalah awal remaja. Pasangan ni mempunya empat orang anak lelaki dan semuanya pergi bekerja di bandar.

Walaupun tak mampu melihat, semuanya terpaksa dilakukan sendiri. Dengan keadaan rumah yang serba daif, dia dan suaminya tetap menjaga semua cucunya yang tinggal serumah dengannya.
Salah seorang menantunya menjelaskan, " Keadaan keluarga terlalu susah dan kami terpaksa meninggalkan mereka untuk bekerja di bandar". Kesemua anak -anak pasangan ini hanya akan pulang setahun sekali.


