Hampir semua orang pasti pernah merasa malas untuk bangun pagi, lebih-lebih lagi kalau nak ke sekolah.
Berbeza dengan kebanyakkan ibubapa yang akan marah jika malas bangun, seorang nenek yang berasal dari Thailand ini bertindak diluar jangkaan, iaitu dengan memanggil pihak polis.
Dipetik dari laman Facebook Thailand Police Story, nenek tersebut telah meminta kepada pihak polis yang sedang bertugas untuk datang ke rumahnya dan membawa cucunya pergi ke sekolah.
Advertisement

Malah, ketika polis sedang memasuki rumah, lelaki tersebut masih nyenyak tidur di atas katilnya.
Melihat hal tersebut, polis tidak membuang masa untuk mengejutkannya dan menasihatkan beliau soal pendidikan.

Syukur, selepas mendengar ceramah dari polis tersebut, lelaki ini sedar dan segera bersiap untuk ke sekolah.
Post yang dikongsikan di Facebook ini sehingga kini mendapat lebih 8 ribu share dengan 13 ribu tanda suka.