
Sumber: Harian Metro
Advertisement
Inilah pengorbanan seorang nenek apabila sanggup menjadi 'pikachu' untuk menyara keluarganya. Han, 71, terpaksa bekerja kerana beberap ahli keluarganya yang sakit dan tak mampu untuk bekerja. Han ada seorang anak perempuan dan pada 2007 anaknya ada ketumbuhan di dalam otak.
Han menggunakan kesemua duit simpanan untuk kos rawatan anaknya. Bagaimanapun, anaknya menjadi buta selepas itu. Tak cukup dengan itu, suaminya pula terlibat dalam kemalangan di tempat kerja hingga menyebabkan kakinya patah dan cacat.
Han tiada pilihan selepas menantunya pula terlibat dalam kemalangan jalan raya dan lumpuh. Kini segalanya di bahu Han untuk menyara keluarganya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
