Seorang nenek berusia 65 tahun telah membuktikan kepada orang ramai bahawa 'cinta itu buta' apabila beliau mengahwini anak angkatnya yang berusia 24 tahun.

Kejadian berlaku di Desa Bumiharjo, Kayuagung Indonesia telah mengejutkan penduduk kampung selepas Tri Sutiyem atau lebih dikenali Mbah Gambreng selamat mengahwini Ardi Waras yang mempunyai beza umur 41 tahun dengannya.
Advertisement

Menurut Mbah, pernikahan itu diadakan secara suka sama suka selepas Ardi menjadi anak angkatnya setahun lalu.


Sepanjang menjadi anak angkatnya, lelaki itu sering membantunya menoreh getah dan menguruskan hal dirumah.
Ketua kampung Desa Bumiharjo, Wahyudi mengesahkan perkahwinan tersebut malah beliau sendiri yang membantu menguruskan sijil pernikahan pasangan tersebut.

“Saya berharap mahligai dibina mereka kekal sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.
Sumber: Tribun News