
Sumber: World of Buzz
Advertisement
Semakin besar semakin banyak komitmen dan tanggungjawab yang perlu kita tunaikan. Masa pun jadi semakin mencemburui yang menyebabkan kita pandang sambil lewa orang yang menyayangi kita. Kita tak tahu betapa rindunya ibu bapa atok nenek kat kampung yang menunggu kita pulang.
Dua adik beradik dari Taiwan tersentuh hati dan sebak apabila pulang melawat nenek mereka. Semasa mereka cari jajan untuk makan sambil tengok TV nenek mereka perasan dan keluarkan beberapa jajan untuk mereka. Tapi perasaan excited mereka terhenti selepas melihat tarikh luput jajan tersebut.



Sekarang dah 2017, tarikh luput jajan tu semua tahun 2000! Kesian nenek diorang :'(

"Oh, nenek dah kumpulkan jajan ni semua sejak kali terakhir kamu dan adik kamu datang. Tapi kamu tak pernah datang tinggal sini lagi sejak itu. "
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
