Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netflix Sanggup Bayar Sehingga Suku Juta Untuk Kru Kabin Jet Peribadi

netflix sanggup bayar sehingga suku juta untuk kru kabin jet peribadi

Netflix ketika ini sedang mencari krew penerbangan baru untuk sebuah jet peribadi. Dilaporkan Netflix sanggup membayar sehingga lebih suku juta dolar untuk calon yang layak.

Advertisement

Selain daripada melakukan tugas harian seperti memberi taklimat sebelum pelepasan dan menjaga keselamatan penumpang, kru kabin juga bertanggungjawab untuk memantau bilik stok. Malah kru kabin perlu menjaga imej baik Netflix Aviation setiap masa dan perlu berpegang kepada budaya kerja Netflix iaitu dengan beroperasi dengan arahan minimum dan mempunyai motivasi yang tinggi.

Bagi menjalankan tugas tersebut, Netflix sanggup membayar antara RM260,000 hingga RM1.66 juta berdasarkan kelayakan dan pengalaman. Bagi memenuhi tuntutan kerja ini, calon perlu bekerja pada hujung minggu, hari cuti dan sanggup bekerja dalam tempoh perjalanan yang panjang serta boleh membawa beban sehingga 30 kg.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini