Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Berang Tindakan Pemandu Kereta Diiringi Polis Trafik Untuk Elak Jalan Raya Sesak

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsi oleh pemilik akaun @anwarazeez jelas menunjukkan dua anggota polis trafik sedang mengiringi kenderaan awam.

Malah, video berdurasi 20 saat itu mula mendapat perhatian warganet yang berang akan tindakan tersebut.

Advertisement

netizen berang tindakan pemandu kereta diiringi polis trafik untuk elak jalan raya sesak

Kedua-dua anggota polis tersebut dilihat sedang mengiringi kenderaan yang didakwa sedang dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen di jalan raya.

Difahamkan, mereka menggunakan khidmat berkenaan untuk meredah kesesakan di Pulau Pinang.

netizen berang tindakan pemandu kereta diiringi polis trafik untuk elak jalan raya sesak

Susulan itu, polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan tatatertib terhadap dua anggota polis trafik tersebut.

Rata-rata warganet meluahkan rasa kesal kepada individu berkenaan yang bertindak menggunakan khidmat anggota polis trafik hanya untuk kepentingan peribadi.

Sumber: Astro Awani

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini