Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Kecam Wanita Cop Parkir Tanpa Serba Salah - “Ini Parkir Saya”

Seorang wanita bertindak berdiri di tapak parkir kereta awam dikecam orang ramai apabila dia mendakwa parkir itu sudah mempunyai kenderaan untuk diparkir di Sri Petaling.

Menerusi perkongsian @whatitdostu di laman TikTok, dia kesal dengan tindakan wanita itu yang bertegas untuk tidak beralih daripada parkir tersebut tetapi parkir itu kosong.

Advertisement

netizen kecam wanita cop parkir tanpa serba salah - “ini parkir saya”

Tambahnya, wanita itu mendakwa dia masih menunggu kenderaan lain tiba untuk parkir di tempat tersebut.

Pemilik akaun turut kecewa dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dan meninggalkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut sebagai tanda marahnya dengan tindakan mereka.

@whatitdostu “This is my parking, go look for a different one” said the lady. I didn’t know this kind of people still exist.. lmao #fyp #foryoupage #fypシ #malaysia ♬ original sound - 🦋✨

Pelbagai reaksi warganet terhadap situasi ini dan kebanyakannya berpendapat wanita itu hanya mementingkan diri sendiri.

“Buat macam saya, secara perlahan masuk sahaja ke ruang parkir, biar dia pilih nyawa atau parkir, lepastu, maklumat kenderaan tersebut simpan sebagai bahan bukti,” kata salah seorang pengguna warganet.

Sumber: TikTok @whatitdostu

Oleh: Muhammad Izwan Zainal

ERA Muzik Hit Terkini