Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Olimpik Paris 2024: Nicol bangga lihat Lee Zii Jia Bangkit

olimpik paris 2024: nicol bangga lihat lee zii jia bangkit

Legenda skuasy negara Datuk Nicol David bangga dengan kebangkitan yang ditunjukkan oleh pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam perlawanan penentuan yang mendebarkan sebelum berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, malam tadi.

Advertisement

Menurut Timbalan Ketua Kontinjen negara, Nicol  David, menerusi hantaran di media sosial Facebooknya itu berkata daya tahan dan keazaman tinggi Zii Jia benar-benar memberikan inspirasi terutama keupayaannya untuk kekal fokus walau berdepan tekanan yang hebat.

"Saya nampak keinginan untuk menang dan keberaniannya sejak kali pertama melihat beliau beraksi di Sukan SEA. Ketenangan yang ada padanya sepanjang pertandingan sangat hebat apatah lagi menjadi sandaran serta tekanan Sukan Olimpik.

"Sikap yang tidak pernah berputus asa untuk kembali menguasai set kedua dan seterusnya walaupun ada ketikanya ketinggalan 8-4 sebelum berjaya memenangi pingat gangsa, ia sungguh luar biasa dan saya bangga dapat menyaksikan detik itu sendiri," katanya dalam hantaran beliau hari ini.

Nicol turut mengucapkan tahniah atas kemenangan itu yang turut membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

 

Sumber: BERNAMA

ERA Muzik Hit Terkini