Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai seorang rakyat Malaysia yang berada di Gaza, Palestin dan memuat naik video keadaan dirinya dan sekeliling di Palestin.
Dia bersama suaminya pulang ke Palestin untuk melawat keluarga mertuanya setelah 9 tahun tidak berjumpa, namun tidak menjangkakan tragedi ini akan berlaku.
Advertisement
#3PagiERA sempat membuat panggilan video bersama individu tersebut yang bernama Nurul Ain untuk berkongsikan situasi terkini dirinya dan apa yang menyentuh perasaan ramai pihak apabila momen bunyi letupan ketika sedang panggilan video bersama.
@era.je Replying to @rouzhan70 Risaunya ya Allah. Ya Allah, lindungi lah saudara Islam kami, pelihara lah nasib mereka di sana. Doakan mereka ya semua. Doakan urusan Nurul Ain dipermudahkan dan selamat di sana. Stay strong Nurul Ain. Kami di sini mendoakan awak dan juga saudara kita di bumi Palestin. 🤲🏻 #sharERA #3PagiERA ♬ original sound - ERA
“Saya risau, sekejap eh. Laillahaillah. Hmm takutnya” kata Nurul Ain semasa bunyi letupan bom sewaktu panggil video berlangsung.
Walaupun bunyi letupan berlaku, namun Nurul Ain tetap meneruskan panggilan video untuk berkongsi situasi itu bersama #3PagiERA kerana jika dia masuk ke dalam rumah kemungkinan talian internet akan terjejas.
Ayuh sama-sama kita mendoakan keselamatan Nurul AIn dan seluruh penduduk di Palestin.
@era.je Replying to @3F Global Ventures Innalillah. Takziah buat suami Nurul Ain. 14 keluarga pergi dalam sekelip mata. Selalu kita tengok dan dengar berita je, kali ni kita dengar sendiri dari tuan badan yang terima dugaan berat di sana. 🥺 #sharERA #3PagiERA ♬ original sound - ERA