Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kulit Hancur Dan Alami Masalah Organ, Wanita Nyaris Maut Lepas Dicakar Kucing

Kejadian yang berlaku di England ini melibatkan seorang pemilik kucing siam, Shirley Hair, yang dicakar kucing selepas cuba mengangkatnya.

kulit hancur dan alami masalah organ, wanita nyaris maut lepas dicakar kucing

Shirley dicakar pada bahagian tangan, menyebabkan ia luka teruk. Akibat daripada itu, pada mulanya beliau mengalami masalah pening-pening, hilang selera makan dan juga selesema.

Advertisement

kulit hancur dan alami masalah organ, wanita nyaris maut lepas dicakar kucing

Tidak lama kemudian, beliau segera merujuk kes ini kepada pakar di hospital, dan beliau dilaporkan mengalami penyakit sepsis, masalah organ, pneunomia, dan juga Necrotising fasciitis (NF), iaitu sejenis penyakit pada daging bawah kulit yang menyebabkan kegagalan pada tisu organ yang boleh membawa maut.

kulit hancur dan alami masalah organ, wanita nyaris maut lepas dicakar kucing

kulit hancur dan alami masalah organ, wanita nyaris maut lepas dicakar kucing

Doktor yang merawat Shirley segera menjalani pembedahan bagi membuang tisu yang rosak dalam tangannya, sebelum beliau diletakkan dalam jagaan rapi bagi membenarkan tubuh badannya untuk berehat.

Tambah doktor lagi, penyakit Shirley ini berpunca daripada luka yang terjadi akibat dicakar kucing, menyebabkan ia terdedah kepada bakteria pemakan daging.

kulit hancur dan alami masalah organ, wanita nyaris maut lepas dicakar kucing

Lebih mengejutkan, Shirley dilaporkan mengalami dua serangan jantung selepas pembedahan pertama dijalankan.

Selepas lebih lapan pembedahan dan dua bulan berada di hospital, Shirley dibenarkan pulang dan kucing siamnya diletakkan dibawah jagaan orang lain.

Sumber: Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini