Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Dapat Hidu Asap Sebab Hilang Deria Bau Akibat COVID-19, Satu Keluarga Nyaris Dijilat Api

Satu keluarga di Waco, Texas yang disahkan positif COVID-19, tidak dapat menghidu bau asap kebakaran kerana hilang deria bau, nyaris dijilat api akibat insiden berkenaan.

tak dapat hidu asap sebab hilang deria bau akibat covid-19, satu keluarga nyaris dijilat api

Mujur salah seorang ahli keluarga itu, Bianca Rivera, 17, yang tidak dijangkiti wabak COVID-19, terhidu bau asap lalu menyelamatkan keluarganya daripada kebakaran.

Advertisement

Bianca dapat menghidu bau asap kerana beliau satu-satunya anggota keluarga yang tidak dijangkiti COVID-19, manakala tiga lagi penghuni rumah tersebut positif virus berkenaan dan hilang deria bau.

tak dapat hidu asap sebab hilang deria bau akibat covid-19, satu keluarga nyaris dijilat api

Sebaik sahaja Bianca terhidu asap, dia segera mengejutkan tiga ahli keluarganya yang lain untuk menyelamatkan diri.

Tindakan pantas Bianca ini bukan sahaja menyelamatkan ahli keluarganya, malah empat ekor anjing perliharaan keluarga mereka.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini