Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bongkah Besi Misteri Tiba-Tiba Hilang Lepas Dijumpai

Baru-baru ini, satu objek misteri iaitu sejenis monolit logam berkilauan, ditemui disatu kawasan terpencil gurun batu merah Utah.

dikaitkan dengan ufo, objek misteri di gurun utah timbul tanda tanya

Bongkah berkenaan telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak, hingga ada yang mengaitkan ia dengan kedatangan makhluk asing.

Advertisement

dikaitkan dengan ufo, objek misteri di gurun utah timbul tanda tanya

Lebih mengejutkan, objek dengan ketinggian 12 kaki itu kini dikatakan telah hilang daripada lokasi yang ditemui pada 18 November lalu.

bongkah besi misteri tiba-tiba hilang lepas dijumpai

Pihak berkuasa tempatan juga tidak tahu akan kehilangan objek berkenaan, dan mereka berkata ia mungkin angkara ‘pihak yang tidak diketahui’.

Biro Pengurusan Tanah Utah mengatakan dalam sebuah kenyataan: "Kami telah menerima laporan yang dapat dipercayai bahawa struktur yang dipasang secara haram, yang disebut sebagai" monolit ", telah hilang dari tanah umum Biro Pengelolaan Tanah oleh pihak yang tidak diketahui."

Mereka mengatakan struktur itu, yang digambarkannya sebagai "harta persendirian", telah dihapus oleh "seseorang atau kumpulan" pada petang 27 November.

Persoalannya, siapa yang letak dan siapa pula yang ambil kembali objek tersebut?

Sumber: Mirror UK

ERA Muzik Hit Terkini