Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ombak Bergelora Buat Penumpang Feri Ke Pulau Redang Panik, ''Ada Yang Dah Ucap Dua Kalimah Syahadah..''

Sejak kelmarin, tular satu video cemas menunjukkan penumpang feri dari bandar Kuala Terengganu ke Pulau Redang yang melalui gelombang air laut yang bergelora.

ombak bergelora buat penumpang feri ke pulau redang panik,

Advertisement

Video yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook Yana Rosde menunjukkan feri terbabit terpaksa meredah ombak sehingga membuatkan penumpang menjadi panik.

ombak bergelora buat penumpang feri ke pulau redang panik,

"Semoga kita dalam lindungan ALLAH. Feri dari Terengganu ke Pulau Redang," tulisnya.

Dalam video terbabit, kedengaran juga suara penumpang meminta semua mengucap dua kalimah syahadah, sekali gus menggambarkan suasana dalam feri yang penuh cemas.

Rakaman itu juga dipercayai dibuat oleh penduduk Pulau Redang yang terpaksa menaiki feri untuk ke bandar Kuala Terengganu bagi mencari keperluan harian dengan perjalanan lebih kurang dua jam dengan meredah ombak.

ombak bergelora buat penumpang feri ke pulau redang panik,

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini