Disebabkan harganya yang mahal dan sukar untuk didapati, komuniti Orang Asli di Mexico nekad menghasilkan sendiri topeng penutup mulut dan hidung menggunakan daun palma.

Menggunakan teknik anyaman, topeng muka itu digunakan bagi menggantikan topeng muka surgikal demi melindungi diri dari jangkitan COVID-19.
Advertisement

Malah, topeng muka yang dianyam sendiri ini adalah jauh lebih murah berbanding topeng muka yang dijual dipasaran negara terbabit.
“It’s faster and cheaper because now the masks are very expensive to buy."
— Al Jazeera English (@AJEnglish) April 18, 2020
Indigenous women in Mexico make face masks from palm leaves during #coronavirus. pic.twitter.com/ugx5913GiN
Mexico sebelum ini telah mengisytiharkan darurat selama sebulan bermula 30 Mac dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Sehingga kini, lebih 8,000 kes positif dengan 712 kes kematian dilaporkan.
Sumber: Awani