Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pergerakan Hanya Untuk Suami Isteri, Orang Bujang Diminta Bersabar, Belum Boleh Balik Kampung

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada sebarang kelonggaran diberi kepada individu bujang untuk melakukan pergerakan rentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan pergerakan itu hanya diberikan kepada pasangan suami dan isteri.

pergerakan hanya untuk suami isteri, orang bujang diminta bersabar, belum boleh balik kampung

“Atas perikemanusiaan kita hanya benarkan pasangan suami isteri yang dah dua bulan tidak berjumpa anak mereka ketika PKP.

Advertisement

“Kita minta bagi mereka yang bujang bersabar dulu, kita faham ada yang rindu ibu bapa mereka dan buat masa ini tiada sebarang kelonggaran dibuat jadi perlu patuh pada undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, sekatan polis masih lagi dilaksanakan melibatkan kawasan tol bagi laluan masuk setiap negeri dan mereka yang mendapat kebenaran polis sahaja dibenarkan untuk melepasi sekatan.

Bagaimanapun, kebenaran untuk suami dan isteri yang tinggal dinegeri berasingan atas faktor kerja hanya diberi kelonggaran sekali seminggu dan permohonan perlu dikemukakan kepada PDRM.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini