Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Perlu Ke Ambil Vitamin C Banyak-Banyak Sehari? Baca Apa Yang KKM Nasihat Ni

perlu ke ambil vitamin c banyak-banyak sehari? baca apa yang kkm nasihat ni

Vitamin C merupakan vitamin yang paling asas dan penting untuk tubuh manusia. Banyak manfaat yang korang boleh dapat dengan Vitamin C ni.

Advertisement

Antara manfaat vitamin C ni ialah mengekalkan sistem imuniti tubuh pada tahap optimum. Selain itu, vitamin C membantu penghasilan kolagen yang membantu struktur tulang, kartilaj, otot dan salur darah.

Bagaimanapun, KKM telah mengeluarkan maklumat bahawa orang dewasa hanya memerlukan 70mg Vitamin C sehari. Vitamin ini boleh didapati melalui 3 sajian sayuran dan 2 sajian buahan.

Apa makanan yang memang tinggi vitamin C?

1. Jambu batu

2. Betik

3. Kailan

4. Sawi

5. Brokoli

6. Longan

7. Pucuk gajus

8. Ulam raja

KKM juga menyatakan, kalau ambil berlebihan dalam sehari perkara tersebut akan menyebabkan pembaziran dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

perlu ke ambil vitamin c banyak-banyak sehari? baca apa yang kkm nasihat ni

Sumber: Twitter KKM

ERA Muzik Hit Terkini