
Sumber: The Vocket dan PTS.com
Advertisement
Pembukaan Sukan Sea 2017 memang sesuatu yang sangat menakjubkan dan membanggakan kita sebagai tuan rumah. Teknologi yang digunakan sangat power! Nak tahu siapakah orang penting disebalik semua persembahan yang korang saksikan?
Orang tersebut adalah pengarah filem Puteri Gunung Ledang (2004), Hoore! Hoore! (2012) dan You Mean The World To Me (2017), Saw Teong Hin. Beliau merupakan pengarah kreatif untuk acara pembukaan dan penutup Sukan Sea 2017.
Kalau korang terlepas peluang menonton secara langsung di stadium untuk pembukaan boleh ke penutup Sukan Sea 2017 serta Para Asean.
“Seolah-olah menggema tema perpaduan. Apa yang paling menyentuh saya adalah bagaimana semua orang yang terlibat dalam projek ini, tanpa mengira kaum, bukan sahaja berkumpul, tetapi telah melakukan lebih banyak lagi, untuk melakukan yang terbaik yang mereka boleh bagi.”
“Kepada seluruh pasukan dari Kementerian, bahagian pengurusan, pihak produksi dan penghibur serta sukarelawan, terima kasih yang besar dari lubuk hati saya yang paling dalam!” jelasnya.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
