Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selain COVID-19, Orang Ramai Diseru Perangi Juga Penyakit Denggi

Sehingga kini, wabak COVID-19 masih belum ada ubatnya dan begitu jugalah dengan penyakit denggi.

selain covid-19, orang ramai diseru perangi juga penyakit denggi

Denggi adalah disebabkan oleh nyamuk Aedes. Menurut Public Health Malaysia, penyakit denggi ini boleh dielakkan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk seperti:

Advertisement

1) Tangki pam tandas

2) Tempat tadahan air seperti baldi

3) Kolam air/aquarium

4) Bekas-bekas yang boleh menakung air di kawasan luar rumah.

Tambah lagi, negeri Selangor juga menjadi negeri paling tinggi kes jangkitan Denggi iaitu sebanyak 34,238 kes dengan 49 jumlah kematian setakat ini.

Justeru, sementara anda masih berada di rumah dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan ini, luangkanlah masa untuk membersihkan kawasan rumah daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Bersama kita perangi Denggi dan Covid-19.

Sumber: Public Health Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini