Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kajian Tunjuk Orang Tak Ramai Kawan Dan Suka Menyendiri Lebih Bijak

Adakah anda suka menyendiri? Jika YA, anda tidak perlu risau kerana kajian menunjukkan orang yang suka menyendiri adalah lebih bijak berbanding mereka yang suka bersosial.

orang yang suka menyendiri lebih bijak berbanding orang lain – kajian

Advertisement

Norman Li dan Satoshi Kanazawa yang merupakan pengkaji menjalankan kajian ini keatas 15,000 sampel. Dalam kajian ini, mereka cuba mencari kaitan antara jumlah rakan dengan kepuasan hidup dan kecerdikan individu. Ia dijalankan antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Hasil kajian mendapati, mereka yang berada diluar bandar lebih seronok dan puas dengan kehidupan mereka, walaupun tidak mempunyai ramai rakan, berbanding dengan mereka yang di bandar.

orang yang suka menyendiri lebih bijak berbanding orang lain – kajian

Selain itu, mereka merumuskan bahawa individu yang suka menyendiri adalah lebih bijak berbanding mereka yang lebih gemar bersosial bersama rakan-rakan.

Namun begitu, ini hanyalah daripada satu kajian dan tidak bersifat menyeluruh. Pakar psikologi berpendapat, seseorang yang bersosial bersama mereka yang bijak juga akan mempunyai pemikiran yang hampir serupa.

Sumber: Elite Readers

ERA Muzik Hit Terkini