Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Padah Sakat Kucing Guna Filter, Reaksi Budak Ini Buat Ramai Terhibur!

Kanak-kanak dan kucing perliharaan boleh menjadi kawan baik jika mereka saling ada persefahaman. Namun sama seperti adik-beradik, budak kecil dan so comel ini kadang-kala boleh bertelagah sesama sendiri.

Itu yang terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat sedang merakam dirinya menyakat kucing peliharaannya.

Advertisement

padah sakat kucing guna filter, reaksi budak ini buat ramai terhibur!

Kanak-kanak itu pada awalnya dirakam menggunakan filter bibir yang membuatkan kucingnya juga mempunyai mulut sepertinya.

padah sakat kucing guna filter, reaksi budak ini buat ramai terhibur!

Namun tidak semena-mena, kucing tersebut memukul budak perempuan itu pada bahagian kepala, sebelum melarikan diri.

padah sakat kucing guna filter, reaksi budak ini buat ramai terhibur!

Aksi kanak-kanak tersebut memeriksa kepalanya sambil menahan tangisan membuatkan ramai terhibur. Malah ada juga yang menasihatkan agar sentiasa memerhatikan gerak geri kucing kerana cakaran dan gigitan kucing boleh memberi kesan yang agak teruk kepada diri individu berkenaan.

Sumber: Twitter

ERA Muzik Hit Terkini