Padang di Dataran Merdeka dilaporkan akan ditutup sepenuhnya mulai 1 Ogos hingga 31 Disember depan bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Memetik hantaran oleh laman Twitter rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penutupan itu adalah bagi tujuan kerja-kerja penggantian rumput dijalankan di padang berkenaan.
Advertisement

Kerja penyelenggaraan dan penggantian rumput dilakukan bagi mengekalkan kehijauan kawasan berkenaan disamping memastikan kualiti padang dapat dipertingkatkan.
Justeru, segala aktiviti tempahan dipadang Dataran Merdeka akan ditutup buat sementara waktu.
MAKLUMAN AWAM
— Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (@DBKL2u) July 26, 2020
Penutupan padang Dataran Merdeka dan aktiviti-aktiviti di atasnya mulai 1 Ogos 2020 sehingga 31 Disember 2020. Ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja penggantian rumput dan penyenggaraan dilaksanakan.#SayangiKualaLumpur#welovekualalumpur#kualalumpurkitapunya pic.twitter.com/6Ii7Zt2s0l
Sumber: Sinar Harian / DBKL