Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lama Sangat Pakai Earphone, Wanita 28 Tahun Kini Pekak Sebelah Telinga

Seorang wanita berusia 28 tahun kini mengalami pekak sebelah telinga selepas memakai earphone dalam tempoh masa lama.

lama sangat pakai earphone, wanita 28 tahun kini pekak sebelah telinga

Menurut Oriental Daily, wanita yang dikenali sebagai Xiao Jing dari Taiwan, mempunyai tabiat menonton drama kegemarannya setiap hari selepas pulang daripada kerja dengan memakai set earphone sehingga lewat malam.

Advertisement

Selepas sebulan, Xiao Jing mendapati sebelah daripada earphone miliknya tidak mengeluarkan bunyi dan beliau telah menukar set earphone baru, namun ia tetap tidak mengeluarkan bunyi pada sebelah bahagian.

Xiao Jing mulai sedar ia bukanlah kerana masalah earphone, lalu mendapatkan pemeriksaan di Hospital Luodong Bo-ai. Doktor yang merawat wanita ini mengesahkan sebelah telinganya pekak secara tiba-tiba atau lebih dikenali dengan sensorineural hearing loss (SSHL).

lama sangat pakai earphone, wanita 28 tahun kini pekak sebelah telinga

Tambah doktor lagi, mujur wanita ini mendapatkan pemeriksaan segera kerana jika terlewat, beliau akan pekak untuk selama-lamanya.

Sumber: Oriental Daily

ERA Muzik Hit Terkini