
Disebakan takut siling akan terjatuh, beberapa pekerja di salah sebuah bangunan yang sudah usang terpaksa memakai topi keledar di dalam pejabat. Sebuah video pada mulanya menjadi viral hingga mendapat liputan berita di negara itu.
Advertisement
Bagaimanapun ia sebuah bangunan kerajaan dan selepas siasatan dilakukan, bangunan tersebut sudah tak selamat lagi untuk digunakan.
“Bangunan ini sudah lama. Dinding dan bumbungnya dalam keadaan amat teruk. Air akan meresap setiap kali hujan. Ia boleh runtuh bila-bila masa.
"Memandangkan kami perlu bekerja, kami memutuskan untuk memakai topi keledar,” kata Pervez Ahmad, antara pekerja di situ.