Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pakai Maskara Memang Cantik, Tapi Ini Padahnya Kalau Tak Cuci

padah pakai maskara 25 tahun dan tak pernah cuci !

Pakai maskara memang cantik dan menjadikan mata perempuan lebih berseri. Tapi selepas pakai penting untuk kita mencuci make up terutama di bahagian mata kerana mata antara bahagian yang paling sensitif. 

Advertisement

Namun, padah menimpa seorang wanita apabila menjadikan maskara sebagai rutin hariannya selama 25 tahun dan tak pernah langsung mencuci maskaranya. Theresa Lynch, 50 tahun hampir buta kerana tak membersihkan bulu matanya selepas pakai maskara. 

padah pakai maskara 25 tahun dan tak pernah cuci !

Dia hanya menyedari apabila matanya sakit apabila mengelipkan mata. Rupa-rupanya terdapat banyak bintik hitam dikelopak matanya akibat pemakaian maskara yang tak dicuci. Jadi Theresa perlu melakukan pembedahan berulang kali untuk membuang bintik hitam tersebut. 

"Saya sudah terbiasa memakai banyak alat solek dan tidak membasuhnya sehingga dibawa ke tidur. Saya tidak sepatutnya membiarkannya sehingga terjadi begini.

“Jadi, beringatlah semua. Bersihkan wajah anda sebelum tidur bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” katanya.

ERA Muzik Hit Terkini