Kontinjen Malaysia meraih perhatian di upacara pembukaan Sukan Paralimpik 2020 apabila memperagakan persalinan pahlawan ketika perbarisan masuk para atlet, pada Selasa.
Persalinan Laksamana Hang Tuah menjadi inspirasi terutamanya penggayaan dan adaptasi motif tradisional dengan idea segar serta mengekalkan Jalur Gemilang sebagai warna utama.
Advertisement

Mereka juga lengkap bertanjak, baju sikap dan samping melambangkan kebersamaan rasa cinta kepada Malaysia dan pakaian kebangsaan.
Bagi busana wanita pula, mereka lengkap berdokoh dan selendang tampak sopan dan menetapkan identiti Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya.

Menerusi ciapan di laman Twitter Tokyo 2020, pihaknya juga kagum akan busana yang digayakan kontinjen Malaysia.
“Kami perlu katakan, kami sukakan pakaian rasmi anda, Malaysia,” tulisnya.
Aiyo!
— #Tokyo2020 (@Tokyo2020) August 24, 2021
We just wanted an excuse to use that 😁
We just love your outfits Malaysia 😍#OpeningCeremony #Paralympics pic.twitter.com/XCcjlAD1MY
Pelbagai reaksi warganet Malaysia yang turut bangga dengan busana yang digayakan mereka dan ciri-ciri Malaysia yang terdapat pada pakaian tersebut.