Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Motor Dipakaikan Face Mask Takut Dijangkiti COVID-19

Seorang remaja di Indonesia baru-baru ini telah ditahan oleh polis selepas gagal memakai pelitup muka pada diri, sebaliknya memakaikan ia pada motosikalnya.

motor dipakaikan face mask takut dijangkiti covid-19

Menerusi Instagram @tante_rempong_official, remaja itu ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya.

Advertisement

Polis itu bertanya kepada remaja itu mengapa dia tidak memakai pelitup muka, seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

“Mana pelitup muka kamu?”, tanya pegawai polis itu.

Remaja itu tanpa berlengah menunjukkan pelitup muka yang dipakaikannya pada bahagian depan motosikal.

Tindakan spontan remaja itu nyata mengundang tawa netizen, yang rata-ratanya berkata remaja itu lebih sayangkan ‘nyawa’ motosikal, berbanding dirinya sendiri.

“Bagus budak ini, dia tahu motosikalnya lebih tua jadi risiko jangkitan koronavirus lebih tinggi”

“Ini contoh tuan yang lebih sayang motosikal berbanding diri sendiri,”

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini