Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pakar Bencana Dan Cuaca Ramal Malaysia Bakal Berdepan Bencana Alam Luar Jangkaan

Sekumpulan pakar bencana dan cuaca tempatan meramalkan dan berpendapat negara bakal berdepan dengan pelbagai situasi bencana alam luar biasa yang lebih kerap pada masa akan datang.

pakar bencana dan cuaca ramal malaysia bakal berdepan bencana alam luar jangkaan

Advertisement

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad memaklumkan perkara tersebut selepas sesi libat urus bersama sekumpulan tujuh penyelidik.

Malah, penyelidik tempatan itu juga menjangkakan bencana alam mungkin akan berlaku di kawasan yang langsung tidak dijangka.

“Kita tidak mungkin akan menikmati suasana yang aman daripada bencana alam pada masa depan.

pakar bencana dan cuaca ramal malaysia bakal berdepan bencana alam luar jangkaan

“Jika dahulu, bencana alam mungkin berlaku sekali sekala namun, kini ia lebih kerap dan turut melanda kawasan yang tidak difikirkan boleh berlaku bencana,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

ERA Muzik Hit Terkini