Pakar perubatan di Amerika Syarikat dan Eropah mendakwa kes penyakit Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak juga akan meningkat ekoran daripada pandemik COVID-19.

Penyakit Kawasaki adalah penyakit peradangan yang dapat menimbulkan komplikasi jangka panjang pada jantung. Penyakit yang sering dialami oleh anak di bawah usia 5 tahun ini awalnya menyerang mulut dan kulit. Di Amerika Syarikat kini puluhan kanak-kanak mengalami penyakit Kawasaki yang menunjukkan simptom demam, ruam dan juga sakit perut.
Advertisement

Lazimnya, kanak-kanak akan mengalami demam dengan suhu tinggi yang dialami selama tiga hingga empat hari dengan ruam seluruh badan termasuk tapak tangan dan juga kaki, lapor Ketua Rawatan Intensif Pediatrik Hospital New York, Dr, Steven Kernie.
Setakat ini, pihak berkuasa di New York melaporkan 64 kanak-kanak disyaki mengalami simptopm penyakit berkenaan termasuk seorang bayi enam bulan di California yang turut disahkan positif COVID-19.
Di United Kingdom pula beberapa kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit Kawasaki yang juga dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan COVID-19.
Bagaimanapun, penyakit yang jarang berlaku ini hanya melibatkan peratusan yang kecil, kata Dr. Steven.
Sumber: Awani