Vaksin COVID-19 yang dihasilkan dari negara China iaitu Sinovac dan Sinopharm telah disahkan selamat, berkesan dan berbaloi atau sepadan dengan hasilnya.

Menurut Pakar Kesihatan Amerika Syarikat (AS), Kate Tulenko, meskipun vaksin itu bersifat tradisional, namun ia berupaya membunuh virus koronavirus apabila disuntik ke badan manusia.
Advertisement
Malah, vaksin berkenaan lebih mudah dikendalikan dan boleh disimpan di tempat simpanan sejuk biasa.
"Semestinya Pfizer dan Moderna adalah mRNA, yang merupakan jenis vaksin baharu, dan ia dilancarkan untuk pertama kali.
"Dua vaksin China, bagaimanapun, adalah vaksin tradisional yang mampu membunuh virus berkenaan apabila disuntik ke badan dan badan akan memberi tindak balas.
"Ia tidak memerlukan begitu banyak rantaian penyejukan kerana ia boleh disimpan di peti sejuk biasa," katanya.
Tambahnya lagi, vaksin yang dihasilkan di China dan negara-negara seperti Rusia dan India adalah lebih mampu milik kerana tidak menelan belanja yang tinggi berbanding vaksin Pfizer, Moderna, Johnson&Johnson, dan AstraZeneca yang dihasilkan di negara Eropah dan AS.
Vaksin yang dibangunkan di Rusia dan China juga lebih berpatutan kerana kos buruh dan kos bekalan yang lebih rendah berbanding dengan vaksin yang dihasilkan di Eropah dan AS.
Katanya, walaupun vaksin China itu mungkin tidak setanding dengan vaksin Moderna dan Pfizer, namun pembelian vaksin berkenaan adalah cukup berpatutan.
Sumber: Astro Awani