Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pakistan Benarkan Solat Jemaah Di Masjid Menjelang Ramadan

Pakistan telah memberi kelonggaran kepada rakyatnya untuk melakukan solat berjemaah di masjid menjelang bulan Ramadan, namun perlu patuh kepada langkah berjaga-jaga bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

pakistan benarkan solat jemaah di masjid menjelang ramadan

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, negara berkenaan membenarkan masjid menjalankan solat berjemaah, namun perlu patuh kepada beberapa syarat dan langkah berjaga-jaga seperti mewajibkan pemakaian topeng muka dan menggalakan solat pada jarak 2 meter antara jemaah.

Advertisement

Negara yang kedua paling ramai rakyat beragama Islam itu telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai 1 April lepas dan hanya membenarkan tiga ke lima orang di masjid pada satu-satu masa.

Setakat ini, Pakistan sudah mencatatkan 7,638 kes positif jangkitan COVID-19, dengan 143 kematian.

Terdahulu, timbul pertikaian antara ulama dengan pihak berkuasa disana apabila mereka bertegas akan mengingkari sebarang larangan berjemaah kerana ia merupakan ibadah wajib buat semua umat Islam.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini