Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pekerja Boleh Buat Laporan Polis Jika Majikan Paksa Datang Kerja

Majikan yang didapati memaksa pekerja untuk hadir ke pejabat tanpa ada sebarang keperluan, dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan.

pekerja boleh buat laporan polis jika majikan paksa datang kerja

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), Lim Wei Jiet berkata, tiada majikan dalam kategori perkhidmatan penting yang boleh memaksa pekerja untuk datang bekerja dalam tempoh ini.

Advertisement

"Tiada majikan yang bukan dalam kategori perkhidmatan penting boleh memaksa pekerja mereka untuk bekerja dalam keadaan yang bertentangan dengan apa yang digariskan dalam perintah yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata beliau dalam sesi temu bual Consider This pada Selasa malam.

Namun sekiranya ada majikan yang bertindak memaksa pekerja mereka untuk bekerja, pekerja terlibat boleh membuat laporan polis kerana ini merupakan satu kesalahan.

Dalam pada lain, antara sektor perkhidmatan penting yang dibenarkan untuk bekerja dalam tempoh ini adalah:

Air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

ada 5 perkara termasuk dalam perintah kawalan pergerakan, mohon jangan panik

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini