Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pandelela Rinong Terima Pengiktirafan, Bawa Gelaran ‘Datuk’

Atlet terjun negara, Pandelela Rinong diberi penghormatan dengan dikurniakan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

pandelela rinong terima pengiktirafan, bawa gelaran ‘datuk’

Jaguh sukan negara mendapat pengiktirafan selepas mencapai pelbagai kejayaan, beliau yang juga pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat.

Advertisement

Selepas jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang, atlet berusia 28 tahun itu menjadi atlet kebangsaan kedua tahun ini menerima penghormatan yang membawa gelaran Datuk.

Selain Datuk Lee Chong Wei, sukan badminton, Datuk Nicol David sukan skuasy dan Azizulhasni sukan berbasikal, Pandelela mencatat nama sebagai atlet negara keempat menerima pengiktirafan ketika masih aktif dalam bidang sukan.

pandelela rinong terima pengiktirafan, bawa gelaran ‘datuk’

Senarai penerima darjah kebesaran ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang menerima darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D A) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini